Monday, 26 October 2009

Perkhemahan Pertama Kelana A Pendang-Langkawi










8 hingga 12 Dec, 1983 anjuran Kelana Udara Kubang Pasu menganjurkan Kem Latihan Samudera-3, di Pantai Tengah Pulau Langkawi.
Antara pemimpin yang ikut serta ialah En. Ismail dari Daerah Padang Terap, Manakala pemimpin pada masa itu ialah Tuan Abu Bakar bekas Ketua Kumpulan Pengakap Sekolah Menengah Pokok Sena. Penganjur perkhemahan ini adalah dipimpin oleh (Aruah) RSL Tuan Ahmad Kamel dari Kelana Udara Kubang Pasu.
Antara nama ahli krew Kelana A Pendang yang turut serta ialah Abu Bakar,Pauzi Desa, Bahadun Baharun, Harun. Penulis blog tidak ada dalam photo ramai-ramai ini keana telah dimasukkan ke dalam Hospital Langkawi kerana sakit perut akibat cirit birit meminum air anak sungai kecil dibelakang tapak perkhemahan dikhuatiri air yang tidak bersih.

*Gambar Foto courtesy by 9w2ax-Tuan Ahmad Kamel-Kelana Udara Daerah Kubang Pasu, Kedah

Pembukaan Rasmi Blog Kelana A Pendang

Bermulanya kembali apa yang telah dimulakan dahulu. Bukan bermula, tapi bersambung. Sejarah tidak akan dilupakan. Sekali berpengakap akan terus berpengakap sampai bila-bila berpengakap. Semangat pengakap tiada orang bukan pengakap akan mempercayainya jika tidak memasuki pengakap. Ikrar pengakap..akan terus berikrar dalam setiap detik kehidupan kita sehari-hari.







PPM Daerah Pendang bermula dari PPM Daerah Kota Setar, Pendang dan Padang Terap. Kemudian pada tahun 1983 di pecahkan kali dua kepada PPM Daerah Padang Terap dan Pendang. Dan buat kali ke-tiga pada tahun 1986 dipecahkan sekali lagi kepada PPM Daerah Pendang hinggalah sekarang.  Perpecahan adalah atas kehendak dan pembentukan PPD.

Kelana A Pendang ditubuhkan untuk tujuan memberikan back-up kepada PPM Daerah Padang Terap Pendang  pada tahun 1983.






Tujuan penubuhan Kelana A ialah memulakan gerakan menerajui tenaga helpers di kalangan pengakap-pengakap kelana lepasan sekolah menengah untuk membantu Pasukan Latihan Daerah Padang Terap /Pendang pada masa itu.


Sejarah Kelana A Pendang adalah yang terhebat di era kemunculannya dengan kemunduran dan kedaifan dizamannya telah melahirkan beberapa Pengakap Raja yang hebat yang bermutu tinggi.


Kini, Kelana A Pendang akan dihidupkan semula
 dengan menggunakan pendaftaran lama tanpa mengubah apa-apa rekebentuk asal. Pendaftaran Kelana A pendang akan diajukan keada pihak PPD Daerah Pendang pada Januari 2010 dengan pembentukan mengikut carta organisasi yang terdapat dalam Buku Panduan Dan Skim Pengakap Kelana 2009. Dan pihak Kelana A Pendang akan membuat sedikit perubahan kecil dalam menggariskan organisasi Menurut Undang-undang Kecil & Peraturan Krew Kelana A Pendang.


Kebangkitan ini dalah satu kemestian, bukan mimpi kosong.